Salam semua...saya baru teringat akan satu cerita pada satu ketika dulu...nak kata lama...tak sampai setahun pun lagi cerita nie...ini kisah wedding photographer yang tersalah rumah. Kalau setakat salah rumah sahaja tak apa...ini dah siap shoot lagi....hehehe...
Pada satu hari Sabtu, jam 6 pagi, "Sam, jom siap cepat..dah laa kita tak tau area tuh, abang ko dah siap?" tanya si Dia, "dah, dia punctual, janji pukul 7 pagi, karang ada laa terpacak kat pintu depan tuh" balas si Sam. Tepat 7 pagi, mereka bertolak ke destinasinya...RAWANG... siapa drive? Dia drive...
Mungkin disebabkan tidak tido pada malam sebelumnya atau terlalu penat akan aktiviti pada malam sebelum itu membuatkan Dia kurang focus, tak tahu jalan tuh dah satu hal...Garmin cakap..tak nak dengar...last last...ulang alik highway tuh, Rawang and then balik sampai kl balik...akhirnya masuk exit Rawang. "Zul, tolong drive, karang entah kemana aku pergi lagi nanti" ujar si Dia. Zul mengambil alih tanpa berkata kata. "so nak ikut mana nie? kalau ikutkan map, kita kena jumpa station minyak dulu, jalan Zul..kita cari tempat tuh.." pujuk si Sam. Apabila menghampiri station minyak, si Zul dan Sam nampak akan signage di tepi jalan yang tertera nama pengantin lelaki dan perempuan.. "Undangan Raja Sehari, Farhana & Azuan" "ahh..betul laa tuh..dia orang laa tuh...ikut jer laa signage" "ok ok...terus jer..cepat" si Sam mengiakan apa si Zul cakap, Dia telah duduk diam sambil mengenangkan akan kebodohannya yang membuat mereka terpaksa berulang alik di atas highway.
tiba tiba si Dia berkata "ehh...kenapa jauh sangat, dari tol kan tak jauh kalau ikut map" Zul meneruskan memandu tanpa berkata apa apa, marah kot dalam hatinya...Sam mengatakan bahawa mereka sedang mengikuti papan tanda yang dilihatnya dari permulaan tadi. Setelah dekat 20 minit, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Farhana bertugas di Ambank. Apabila mereka bertiga turun jer dari kereta, terlihat seorang pakcik nie berpakaian tshirt ambank, "ahh..betul laa nie kot rumah Farhana" kata si Dia. Selepas membuat final check, maka masing masing mula menjalankan tugasnya....beberapa shots telah diambil di luar sambil berjalan menuju masuk ke rumah sebab nak berjumpa dengan tuan rumah dah Farhana.
"kak, farhana dekat bilik mana?" tanya si Dia, "ada tuh dekat bilik hujung sekali, belah kanan, masuklah...dia baru sudah pakai baju tuh " ujar hamba Allah nie...sebelum masuk...ada lagi 2 orang kakak tengah duduk bersila sambil membuat atau mengemas beberapa perkara "ahh..masuklah...farhana ada dekat dalam " kata kakak tuh...apabila Dia ketuk bilik tuh...pintu di buka perlahan lahan...dan dia terdiam sekejap.....................................
"wahhh...ramainya photographer, u all semua dari pihak lelaki ker?" tanya wanita di dalam baju pengantin...."err...ahh...yerr..kami dari pihak lelaki...tapi....kejap ekkk" balas si Dia sambil mengundurkan diri perlahan lahan dan menutup balik pintu bilik itu, "KAK...kita orang dah salah rumah laaaaaa......" Dia melontarkan ayat itu sambil berjalan kepit kepit cover malu dan menuju keluar rumah...sampai jer kat luar...ahhh...nak gelak pun dah tak boleh nak marah pun dah tak boleh...last last call pengantin and dia orang suruh tunggu dekat ada satu landmark yang dah jauh kita orang tinggalkan....
sampai jer situ...ahli keluarga farhana yang betul datang menjemput kami....sampai sampai jer....Dia terus meluru masuk bilik pengantin dan menceritakan kisah nya kepada farhana....apa lagi...mau tak kena bahan satu hari....mereka bertiga tiba 45 minit sebelum majlis bermula..mujurlah mereka bercadang untuk pergi awal.
kisahnya....papan tanda yang diikuti tuh, nama pengantin perempuan dan lelaki sama...semua sama termasuk laa spelling nyer...dan rupanya....bukan photographer sahaja yang sesat sampai ke sana...kompang dan 2-3 buah kereta pun tersasul....shoot sampai petang...selepas outdoor...mereka bertiga pun berangkat pulang...masih tidak dapat menerima kenyataan akan apa telah terjadi pagi tadi....dalam perjalanan pulang...hambek.... nak keluar Rawang pun sesat...ada laa dok pusing atas bawah nak cari jalan keluar....
sama sama laa kita ambik tauladan daripada cerita ini...apa tauladannya? masing masing punya pendapat, saya serahkan kepada anda.....
(nama bukanlah nama sebenar, TAPI INI KEJADIAN YANG BENAR)
tuh la, lasti minute sgt tu.. lenkali wat mcm aku.. survey tempat sminggu sblum majlis.. bila time event dh tak kelam kabut.. hik~
ReplyDeletei believe their reason was not about last minute....semua kepala entah hapa hapa... sebab sorang tuh tau area Rawang, tapi itu laaa..nak jadikan cerita...last last menjawap...kalau dengan Garmin pun nak bertekak...hahahahaah....
ReplyDeletewahahahhahahh!!
ReplyDeletejangan wat last minit! survey tempat dulu b4 event! hahahhaha..
gilo ahh.. mujor dop shoot smpi abih!
waahahahaha....nasib baik salah sorang daripada photographer tuh kenal client....kalau tidak....cak lem pong laaaaa....
ReplyDeleteO M G ! XD suka pengantin tengok ramai photographers datang~.. heehe
ReplyDeletedia suka and excited sangat...tapi malangnya...mereka bertiga salah rumah pengantin....
ReplyDeleteTak sangka ek. Sempat juga. Ingat tak sempat dah.
ReplyDeleteMmg lumrah la jadi camni. Terlalu byk papan tanda kawin bila tiba musim, dan masing2 tak taruk tarikh... Kalo dah expired tu, turunkan la...
Nasib baik juga ada geng yang kenal pengantin. Kalo tak, sure lagi la klaka. Siap kene marah dgn client lagi, confirm.
So masa akan datang, masukkan GPS coordinate rumah dalam kad undangan perkahwinan. So sesiapa yang susah nak cari, bleh juga cari guna Garmin atau GPS yg lain.
moral of d story;
ReplyDeletestudy pengantin anda (tpt, masa, family n etc)...
jgn percaya papan tanda kawin...
comunicate ngan pengantin...
p/s ; mereka dalam kejadian ini memang klaka...
(aku x abis gelak lg ni)
aku tak tahu nak cakap apa kat dia org tuh...classic jer laa maybe ayat paling sesuai...sorang tak nak dengar garmin...sorang main ikut hati...sorang sibuk dengan garmin...so macam mana...ada itik, ayam dan burung merpati...yang menang siapa? keldai...hahahhahahaha
ReplyDeleteAhahahha.. blom pernah terjadi pada aku.. mintak jawoh :p
ReplyDeletewahahahhaah....trust me...ko tak nak jadi macam dia orang tuh hahahahahaha...sampai mati takkan sudah kena gelak hahahaahha
ReplyDelete