Wednesday, September 8, 2010

Introduction of Mr. "Bo" dan Mr. "Gel"

Salam to all...i think from today onwards...the characters that i should put in the blog, would be that 2 name...i simply like how Mazidul jive the name together...jadi...nantikanlah kisah pengembaraan Bo dan Gel... :p .... test test....1 2 3....moshi moshi.....

p/s- click title to know more....

Tuesday, September 7, 2010

kak, rasanya dah salah pengantin nie...

Salam semua...saya baru teringat akan satu cerita pada satu ketika dulu...nak kata lama...tak sampai setahun pun lagi cerita nie...ini kisah wedding photographer yang tersalah rumah. Kalau setakat salah rumah sahaja tak apa...ini dah siap shoot lagi....hehehe...


Pada satu hari Sabtu, jam 6 pagi, "Sam, jom siap cepat..dah laa kita tak tau area tuh, abang ko dah siap?" tanya si Dia, "dah, dia punctual, janji pukul 7 pagi, karang ada laa terpacak kat pintu depan tuh" balas si Sam. Tepat 7 pagi, mereka bertolak ke destinasinya...RAWANG... siapa drive? Dia drive...


Mungkin disebabkan tidak tido pada malam sebelumnya atau terlalu penat akan aktiviti pada malam sebelum itu membuatkan Dia kurang focus, tak tahu jalan tuh dah satu hal...Garmin cakap..tak nak dengar...last last...ulang alik highway tuh, Rawang and then balik sampai kl balik...akhirnya masuk exit Rawang. "Zul, tolong drive, karang entah kemana aku pergi lagi nanti" ujar si Dia. Zul mengambil alih tanpa berkata kata. "so nak ikut mana nie? kalau ikutkan map, kita kena jumpa station minyak dulu, jalan Zul..kita cari tempat tuh.." pujuk si Sam. Apabila menghampiri station minyak, si Zul dan Sam nampak akan signage di tepi jalan yang tertera nama pengantin lelaki dan perempuan.. "Undangan Raja Sehari, Farhana & Azuan" "ahh..betul laa tuh..dia orang laa tuh...ikut jer laa signage" "ok ok...terus jer..cepat" si Sam mengiakan apa si Zul cakap, Dia telah duduk diam sambil mengenangkan akan kebodohannya yang membuat mereka terpaksa berulang alik di atas highway.


tiba tiba si Dia berkata "ehh...kenapa jauh sangat, dari tol kan tak jauh kalau ikut map" Zul meneruskan memandu tanpa berkata apa apa, marah kot dalam hatinya...Sam mengatakan bahawa mereka sedang mengikuti papan tanda yang dilihatnya dari permulaan tadi. Setelah dekat 20 minit, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Farhana bertugas di Ambank. Apabila mereka bertiga turun jer dari kereta, terlihat seorang pakcik nie berpakaian tshirt ambank, "ahh..betul laa nie kot rumah Farhana" kata si Dia. Selepas membuat final check, maka masing masing mula menjalankan tugasnya....beberapa shots telah diambil di luar sambil berjalan menuju masuk ke rumah sebab nak berjumpa dengan tuan rumah dah Farhana. 


"kak, farhana dekat bilik mana?" tanya si Dia, "ada tuh dekat bilik hujung sekali, belah kanan, masuklah...dia baru sudah pakai baju tuh " ujar hamba Allah nie...sebelum masuk...ada lagi 2 orang kakak tengah duduk bersila sambil membuat atau mengemas beberapa perkara "ahh..masuklah...farhana ada dekat dalam " kata kakak tuh...apabila Dia ketuk bilik tuh...pintu di buka perlahan lahan...dan dia terdiam sekejap.....................................


"wahhh...ramainya photographer, u all semua dari pihak lelaki ker?" tanya wanita di dalam baju pengantin...."err...ahh...yerr..kami dari pihak lelaki...tapi....kejap ekkk" balas si Dia sambil mengundurkan diri perlahan lahan dan menutup balik pintu bilik itu, "KAK...kita orang dah salah rumah laaaaaa......" Dia melontarkan ayat itu sambil berjalan kepit kepit cover malu dan menuju keluar rumah...sampai jer kat luar...ahhh...nak gelak pun dah tak boleh nak marah pun dah tak boleh...last last call pengantin and dia orang suruh tunggu dekat ada satu landmark yang dah jauh kita orang tinggalkan....


sampai jer situ...ahli keluarga farhana yang betul datang menjemput kami....sampai sampai jer....Dia terus meluru masuk bilik pengantin dan menceritakan kisah nya kepada farhana....apa lagi...mau tak kena bahan satu hari....mereka bertiga tiba 45 minit sebelum majlis bermula..mujurlah mereka bercadang untuk pergi awal.


kisahnya....papan tanda yang diikuti tuh, nama pengantin perempuan dan lelaki sama...semua sama termasuk laa spelling nyer...dan rupanya....bukan photographer sahaja yang sesat sampai ke sana...kompang dan 2-3 buah kereta pun tersasul....shoot sampai petang...selepas outdoor...mereka bertiga pun berangkat pulang...masih tidak dapat menerima kenyataan akan apa telah terjadi pagi tadi....dalam perjalanan pulang...hambek.... nak keluar Rawang pun sesat...ada laa dok pusing atas bawah nak cari jalan keluar....


sama sama laa kita ambik tauladan daripada cerita ini...apa tauladannya? masing masing punya pendapat, saya serahkan kepada anda.....


(nama bukanlah nama sebenar, TAPI INI KEJADIAN YANG BENAR)

Friday, September 3, 2010

Title atau gelaran

sekarang nie...ramai sungguh yang bergelar Professional Photographer...sebelah kata congrats dan aku bangga with ur achievements and sebelah lagi...errr...aku tulis nie sebab nya ada beberapa orang berkongsi cerita :


-baru beli camera, barang semua complete...buat website, terus letak title Professional Photographer, end result...customer sumpah seranah... (ini aku dapat direct from customer)


-kononnya..suka suka main letak atau saja kengkawan nak menganjing (perli) last last sebab bunyi best...kasi lekat terus dan bermacam macam cara lagi...soalan aku...


-best ker letak title? (korang tak rasa bahu tuh berat ker)
-kenapa atau haruskah? 


ish..macam macam lagi aku nak tanya tapi takut kang orang complaint aku bebel lagi...ok..let us take a look at both side... 


Mereka yang meletakkan titlenya sendiri :


-best ker letak title? (korang tak rasa bahu tuh berat ker)
-kenapa atau haruskah? 
aku ctrl c, ctrl v ... itu jer laa aku mampu cakap....


Mereka yang diberi title itu daripada media atau pihak pihak yang berhak memberi title itu: 


-aku rasa korang deserve to use it kalau nak...
-kalau tak nak, d choice is yours...


dulu ada satu hamba Allah nie pernah menghadapi masalah disebabkan title dia. bukan sebab dia pakai...tapi sebab dia tak pakai. tak layak lagi nak bawak title tuh katanya, rendah diri...last last...hambek kau...the organizer yang hire dia for the project tuh, tiba tiba was was...sebab photographer nie masuk..nonong nonong jer...tak der title tak der apa...so, apa lagi..credibility nya untuk menjalankan tugas terus kena question... "nie budak budak mana nie? dia orang nie ada pengalaman ker? atau main masuk and buat suka suka jer?" 


pakai pun salah...tak pakai pun salah...kalau pakai, dikata kata...kalau tak pakai ditanya tanya...ahhh..macam mana? renung renungkan lah...daripada korang renung pasar ramadhan tuh.... :p

Thursday, September 2, 2010

Things that human choose not to talk about...

this was Created on July 24, 2010 


I just came back from a wedding at sime darby, Felicia n Afnan. The photographers are from Pretty Peektures. I noticed one of their crew (Azmin Mohd). I cant help myself to observe other photogs when they are at work because u can see many things, some are good n some are bad. I havento say this out loud, Azmin did a wonderful job. Why i said so? Because he is 

-alert
-know what he is doing
-polite n easy with smiles
-seize every moment he sees
-did test shot before d bride n groom actually walk into his frame
-he never stops (accept for answering calls) 
-he carry 2 bodies (Nikon) n place them well n safe when not using one of it.
-talk with a friendly tone even to strangers, like myself.

And many more good quality that dont really see in photographers nowadays. Personally, i am very happy to see n meet such a photog after countless encounter with photogs who... Senang cerita x reti hormat majlis orang. One of the reason why i highlight this is also because, normally, when someone fucked up, memang berjela laa siap ada fan page lagi about how fucked up u are but when good things happen, semua senyap n x nak bagi acknowledgement. I hope we can change that mentality of ours. Azmin is someone who has what it takes to be a good photographer in all sense. Once again...Azmin Mohd, congrats for being an outstanding photographer for the event, i hope there will be more others like u in the future. To Pretty Peektures, he is one hell of an aset to u guys.


(sekali principal prettypeaktures dahhhhh) hahahahaahhah...hats off Azmin ;)

GILA KER SAWAN??!!!

Salam...ok...saya tulis nie bukan sebab nak bomb sesapa pagi nie...cumanya...something just hit my head this morning while going through the net, dan wujudlah satu soalan yang tidak dapat dijawab...


Soalannya dekat sini... jikalau adanya seseorang itu  yang sentiasa berkongsi dengan students nya atau sesiapa sahaja yang bertanya tentang photography, dan si dia nie berkongsi tanpa sebarang batasan, maknanya, dia nie berkongsi apa sahaja yang dia tahu walaupun majority yang lain enggan berkongsi...jadi...adakah si dia nie dah GILA ker atau SAWAN?!!! ataupun dia nie telah membuat salah...


Jika anda rasa si dia nie salah, sila nyatakan di mana salahnya dan kenapa dan jikalau anda rasa dia tak salah, sila nyatakan juga apa yang menyebabkan anda berkata sedemikian. Si dia tengah bengong nie...

Wednesday, September 1, 2010

Feedbacks from those who stayed for bukak puasa

again, alhamdullilah and thank you to all of you and special thank to those who stayed till the end. walaupun sekejap but we had a good quick feedbacks and future planning. after series of tembak menembak and sampai ada orang nak angkat kotak darlie...we all end up at ikea for bukak puasa. nak sebut sorang sorang macam ramai...so saya bahagikan 2 group and you know who u are...group pertama..group kaki penembak...diketuai oleh abang rahim...hahaha... group kedua...group suka suka jalan jalan...diketuai oleh Ktulu dan lely hahahhaha...ok...so cerita dia macam nie...untuk meringkaskan cerita nie...saya buat point form seperti yang selalu dinasihati :

Room for improvements in the future :
-kuatkan ahli jawatankuasa
-identify siapa lead photographer dan siapa yang bertanggungjawab untuk mengambik gambar anak anak (didapati daripada feedback, ramai yang macam headless chicken tak tau apa nak buat dan ada yang buat hal sendiri)
-aktiviti dan suai kenal yang kurang kata sesetengah orang (ini disebabkan oleh limitation oleh pihak yayasan yang memang luar bidang kuasa kami)
-banyakkan aktiviti (seperti di atas, insyaAllah next project yang bukan dalam bulan puasa)

Words of encouragement and support :
-lain dari yang lain
-looking forward for next project
-satu aktiviti 2 dalam 1
dan bermacam macam lagi...

ada beberapa perkara yang ingin dibincangkan tetapi abang Rahim telah memberi idea yang bernas iaitu, insyaAllah selepas raya, kita akan adakan perjumpaan (kepada sesiapa yang berminat) untuk sesi diskusi dan perancangan PP pada masa hadapan. Beberapa idea telah dikongsi diterima baik oleh our seniors...Alhamdullilah...juga akan dibincangkan balik nanti. once again...thanx to all of your feedbacks and comments, insyaAllah kita akan memperbetulkan dan memperbaiki kesilapan PP ...sama sama kita jayakan... apa apa pun.... 
"YOU GUYS FREAKING RAWK!!!" hhahahahaha....thanx to all ;)

p/s - for the next project, PP is looking for volunteers in certain area, kindly msg me your name if you are interested, thank you. FYI, PP is a non profitable organization and this is all a voluntarily work. ;)

Charity Photo Outing

Alhamdullilah...projek pertama yang dijalankan oleh Phondok Photography telah berlangsung dengan...err...macam mana nak cakap...ok...kalau mengikut feedback dan kata dari Dato' , i should say that the event was a successful event despite some hiccups that we face along the way. Saya ingin berkongsi bersama anda tentang Charity Photo Outing Phondok Photography yang pertama .

It all started when i am not sure whether should i organize a photo outing or a revision class since it is Ramadhan and obviously outing is the choice. Then i stop myself for awhile and think, "hrmm...outing...dah ramai yang buat, and since it is Ramadhan's month, i decided to do something different without even thinking is it possible or not. To cut the story short, believe it or not, after the discussion was posted up, i realize that i only have approximately 2 weeks before the last week of Ramadhan. Biasa laa...nak start tuh sikit punya slow...ding dong ding dong...tetiba...hambek kau...ada 10 hari jer lagi...kelam kabut bagai nak gila jadinya. 

I guess disebabkan nak buat benda baik and kerja amal, adalah beberapa hamba Allah yang sedia membantu tanpa disuruh seperti, Cik Syima dan Cik Fizlee yang bertungkus lumus cuba untuk mendapatkan sponsor. Cik Syima...sampai ker kuala selangor...hahaha...cik Fizlee pulak...tanpa hiraukan penat and demamnya yang sampai black out di office, masih draftkan surat dan berjumpa untuk mendapatkan tandatangan bagi urusan sponsorship. Tapi orang yang paling saya berterima kasih ialah Ktulu (nama sebenar tidak diberi kelulusan untuk publish....hahahaahaha) kerana dia telah menolong saya with almost everything termasuk laa tido and buat planning sampai pukul 3-4 pagi (setiap hari) , ikut pergi kuala selangor berjumpa Cik Syima dan collect barang dari usaha Cik Syima dan segala usaha nya lagi...so thank you dear friend. Then along the way...baru laa PP mendapat ramai yang support dan tolong...ada jugak yang menderma dan tidak dapat hadir dan ada juga yang membantu CPO (charity photo outing) tetapi tidak dapat datang contohnya Javier, yang tolong potong dan buat lubang pada setiap tag kita pada hari itu.

kalau korang betul betul nak tahu..all the things are prep and done within 10 days...frankly...memula...saya sendiri bersikap skeptical sama ada outing ini akan berjaya atau tidak...tetapi..support dan semangat dari semua orang...yang members mahupun bukan members membuatkan saya meneruskannya bersama yang lain. Alhamdullilah...total semua

RM-1000++ (cash, sebab pagi tuh ada lagi yang menderma, jadi kami lost track)
>100kg gula
>60kg gula
-satu kotak pencuci Glo
-satu kotak pencuci Axion
-beberapa kampit beras
-duit raya kepada setiap anak anak (dari duit kutipan)
-frame gambar dan 2 keping gambar diberikan kepada setiap anak anak

tapi benda yang paling priceless adalah kebahagian yang terserlah di muka...jangan cakapkan anak anak, ahli ahli PP pun sama naik...bukti? tengok gambar...Alhamdullilah sekali lagi dengan kejayaan ini, saya tidak sangka kehadiran lebih daripada 40 pada CPO ini, tag yang telah diprint, ada 40 keping dan semua habis. Kerjasama dan effort yang telah dicurahkan oleh semua ahli yang hadir mahupun tidak telah membawa satu erti atau makna yang baru kepada anak anak Ilham. berikut adalah kata kata daripada Dato' (pengurus rumah Ilham)
"saya amat berbesar hati dan gembira sebab ini adalah kali pertama saya lihat anak anak yatim diberikan satu kelainan. kebiasaannya, kita cuma buat bacaan doa sedekah biasa, tetapi dengan penglibatan ambil gambar, cetak terus dan diberi di dalam frame gambar, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada anda semua, ini adalah kali pertama" 
yang bestnya...Dato' siap cakap "lain kali kalau nak bawak anak anak nie keluar, you guys go ahead laa, cuma bayar duit minyak bas dan sediakan makan" ...bagi saya...dengan kata kata Dato' itu..ALhamdullilah kita telah mencapai separuh daripada matlamat kita. Separuh lagi, terpulang kepada ahli kita untuk berkongsi gambar kecerian anak anak yatim itu dengan seluruh dunia dengan menunjukkan gambar yang diambil, bahagia ini milik semua orang, tidak kira bangsa atau agama,tidak kira berbapa atau tidak. KAMI JUGA MAMPU BAHAGIA SEPERTI ANDA YANG LAIN, TIADA BEZANYA KAMI DENGAN ANDA. marilah kita sama sama sampaikan message itu kepada semua orang dan insyaAllah selepas ini, bila kita sebut jer anak anak yatim, muka muka bahagia akan mengganti perasan sedih dan duka yang selama ini sudah menjadi kebiasaan kita.

gambar boleh dilihat di: Phondok Photography Group Pictures

Feedback dari ahli dan berita selanjutnya di blog yang seterusnya sebab rasanya nie dah cukup panjang....hahahahaa... last but not least...from the bottom of my heart...i sincerely would like to say thank you to all (yang mana nama tak disebut,mintak maaf sebab ramai sangat) yang memberi sokongan dan yang penting sekali..telah menjayakan CPO ini and you guys have brought happiness to them in a different way, which is...PHOTOGRAPHY....congrats guys and thank you all...
may Allah bless your kind soul :)